.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

SUNAH-SUNAH dalam IHRAM




Pakaian ihram bagi lelaki ialah dua helai kain lepas, yaitu tidak dijahit dan tidak pula dijalin (tidak dicantum). Sehelai dipakai sebelah bawah untuk menutup aurat, iaitu antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Kain ini disunatkan berwarna putih. Pakaian ihram untuk perempuan pula hendaklah menutup semua badannya kecuali muka dan tapak tangan yang hendaklah terbuka seperti dalam Shalat.

Sunat-sunat ihram antara lain adalah :
1. Mandi sunat ihram, 

Sebelum memakai ihram dan berniat haji atau umrah di Miqat hendaklah melakukan mandi sunat ihram untuk membersihkan dan menyucikan badan dari segala kecemaran dan kekotoran, seperti yang dilakukan untuk mandi wajib. Lafaz niat mandi sunat ihram ialah : Yang bermaksud: "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala" (diingatkan dalam hati)

2. Mengerat kuku, Mencukur atau menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai dan rambut

Mencukur rambut ketiak tidak wajib dalam ihram, demikian pula mencabutnya. Namun menurut sunnah adalah mencabut atau membersihkan rambut ketiak dengan sesuatu yang dapat menghilangkan dari bahan yang suci ketika sebelum ihram. Sebagaimana disunnahkannya memotong kumis, memotong kuku, dan mencukur rambut kemaluan ketika masing-masing telah siap untuk itu ketika sebelum ihram, seperti ketika di rumahnya. Dan demikian itu sudah cukup. Sebab hal-hal tersebut tidak wajib dilakukan ketika ihram.

3. Memakai minyak rambut dan bau-bauan 

أربع من سنن المرسلين: الحناء, والتعطر, والسواك, والنكاح
Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul: (1) Memakai hinna’, (2) memakai parfum, (3) bersiwak dan (4) menikah

4. Memakai pakaian berwarna putih,

عليكم بثياب البياض فليلبسها أحياؤكم و كفنوا فيها موتاكم
"Gunakanlah pakaian putih, kenakanlah oleh orang yang hidup dan kafanilah orang yang meninggal di antara kalian dengannya."

5. Shalat sunat ihram
Setelah selesai mandi dan membersihkan badan dari segala bulu dan mengerat kuku, mengandam misai serta meminyak rambut dan memakai bau-bauan, pakailah ihram. Setelah selesai memakai ihram kerjakanlah sembahyang sunat ihram dua rakaat. Lafaz niatnya ialah : Yang bermaksud: "niat aku Shalat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala" Surat yang dibaca selepas Fatihah dirakaat pertama ialah surah Al- Kafirun (Qulya aiyuhal kafirun ) dan di rakaat kedua selepas Fatihah ialah surat Al- Ikhlas (Qulhuallahu Ahad)"

6. Membanyakkan bacafan talbiah selepas berniat haji atau umrah
Jumhur ulama, menetapkan bahawa talbiah itu disyariatkan untuk dibaca oleh pada jamaah ketika dalam keadaan ihram.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Dari Ummi Salamah r.a. katanya: saya mendengar Rasulullah bersabda: Wahai keluarga Muhammad,barangsiapa berhaji, maka hendaklah di membaca talbiyah dengan suara yang nyaring untuk hajinya" (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)







Aryana Syerli Prasetya (Ryan)
0877.28.333.255
0856.2488.5342
Pin BB 27930032

Incoming search terms:

  • umroh 2012
  • umrah 2012
  • umroh
  • umroh batavia air 2012
  • arminareka umroh 2012
  • perjalanan umroh 2012
  • jadwal umroh arminareka 2012
  • ibadah umroh 2012
  • batavia air umroh 2012
  • harga umroh 2012